Monday, December 5, 2011

Admin EOFC menulis...


Esther Applunius, nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan di Sabah dan Malaysia amnya. Seorang penyanyi yang sangat berbakat dan mempunyai keunikan vokal yang tersendiri. Mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian dalam lingkungan umur 6 tahun sehingga menyertai beberapa pertandingan nyanyian dan yang amat bersejarah lagi apabila beliau berjaya menyertai One In A Million 3 pada tahun 2009 dan menjadi salah seorang finalis dalam rancangan realiti tv itu. Saya sangat berbangga didalam Tuhan kerana dapat mengenali Esther. Saya mula kenal dengan nama Esther ni sewaktu beliau menyertai pertandingan Bintang Kecil RTM, sehinggalah dapat berjumpa dengan beliau semasa Konsert RTM Siaran Kadazan pada tahun 2002, pada waktu itu beliau berumur 15 tahun. Pada tahun 2009, apabila beliau menyertai OIAM3, saya telah dilantik sebagai admin oleh pengurus EOFC, yang lebih dikenali sebagai TanakwaguKL. Saya diberi tugas dan tanggungjawab untuk menjaga blog EOFC sepanjang berlangsungnya OIAM3. Satu tugas yang bagi saya walaupun hanya di internet, namun sangat mencabar..bak kata pepatah, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.' Namun saya tetap melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Saya melakukannya dengan penuh komitmen sebagai sokongan saya kepada Esther dan EOFC. Bercerita tentang pengalaman saya sepanjang mengenali Esther, beliau seorang yang baik, dan sangat prihatin terhadap para peminat dan juga rakan-rakannya. Masih segar dalam ingatan saya ketika beliau bersama keluarga sanggup datang melawat saya dan keluarga walaupun ketika itu sudah hampir lewat malam..'terharu gue Esther...'=) apa pun, terima kasih sekali lagi. Berbicara tentang vokal dan persembahannya, memang tidak dinafikan lagi beliau mempunyai vokal yang mantap dan kalau dilihat dari setiap persembahannya, bolehlah saya katakan bahawa orang yang melihat persembahannya tidak akan pernah merasa jemu. Memang tepat sekali apa yang pernah dikatakan oleh beliau..' Saya bersyukur sangat padaNya, dikurniakan talent yang menjadikan saya salah satu “One In A Million” diantara mereka yang berbakat..;-)' Sebagai salah seorang admin EOFC saya harap dan berdoa agar beliau sentiasa berjaya dalam kerjaya yang beliau ceburi serta menempatkan Tuhan di posisi yang paling utama dalam kerjaya beliau dan mengharapkan agar bakat yang Tuhan berikan dapat digunakan sebaik yang mungkin untuk kemuliaan Tuhan.