Sunday, August 15, 2010

DIALOG TELUPID

Sesi bergambar...urusetia dan rakan-rakan dari Kelab Facebook Telupid.

Dialog Telupid Bersama Rakan Facebook & Masyarakat Beluran yang telah diadakan pada 29hb Julai 2010 bertempat di Dewan Institut Perhutanan Sabah (IPS) Telupid, dan dihadiri oleh YB Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia yang juga Ahli Parlimen P. 183 Beluran dan YB Datuk Seri Panglima Michael Asang, Timbalan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah yang juga ADUN N. 40 Labuk bersama dengan jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bertujuan untuk membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan daerah Telupid. Mereka yang hadir samada dari Pekan Telupid mahupun dari kampung-kampung di sekitar daerah Telupid berpeluang mengutarakan isu-isu semasa serta masalah-masalah yang berlaku di kampung masing-masing yang memerlukan perhatian dari pihak yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment